Sulit
6 tahun
Kehamilan dan pil perancang
Assalamualaikum. Saya 20 tahun dan baru saja berkahwin. Saya telah bersama dgn suami selepas habis period. Adakah saya berpotensi untuk mengandung dan saya kena mengambil pil postinor memandangkan saya dan suami sedang merancang. Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, hubungan kelamin selepas tamat haid berpotensi untuk hamil namun peluangnya adalah sangat rendah. Pengambilan pil perancang kecemasan boleh diambil sekiranya berasa ragu-ragu dan perlu diambil dalam tempoh 72 jam hubungan kelamin berlaku. Ia juga hanya boleh diamalkan sekali dalam satu kitaran haid. Sekiranya anda dan suami hendak mengelakkan kehamilan dalam masa kini, beberapa kaedah perancangan boleh diambil seperti:
- Pemakaian kondom
- Pil perancang
- Suntikan/implan perancang
- Kaedah IUD - alat yang dimasukkan ke dalam rahim
Anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan mungkin diperlukan sebelum cadangan kaedah perancangan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































