Sulit

4 tahun

Kehamilan positif atau negative

Saya wanita berumur 27 tahun… saya period tidak tetap tiap bulan… sy juga ada cyst… bulan 1 saya telah delay period slme 14 hari… saya cube utk cek upt pada pkul 6 pagi. Tpi ada 1 jalur dan 1 lagi sangat kabur… dan sblh petang sy cube utk cek upt tetapi negative… saya mengalami sakit pinggang yg teruk dan sy terus ke hospital… doktor mengambil ujian darah dan air kencing tetapi tidak hamil… dan doktor x ray saya mengalami sembelit dan kencing kotor… tetapi sehingga skrg masih belom period dan pinggang masih sakit … adakah keputusan yg samar tersebut akibat hormon/cyst/kencing kotor atau sebaliknya… saya runsing jika benar hamil saya perlu berjaga2… bantu saya doktor…:sob:

alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.Kebanyakan wanita yang cuba untuk menjadi hamil bergantung kepada ‘Urine Pregnancy Test (UPT)’. Namun demikian ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur. Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh bertukar kabur seperti:

  1. Ujian UPT dilakukan terlebih awal. Ujian ini hanya boleh memberi keputusan yang pasti apabila kepekatan hormon dapat dikesan. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menjalankan ujian air kecing 10 hari selepas ovulasi.
  2. Air kencing yang terlalu cair. Ujian UPT harus diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hcg dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Waktu sampel air kencing diambil secara tidak langsung akan menyebabkan garisan kit ujian kehamilan yang kabur.
  3. Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif. Hal ini berkaitan dengan alat ujian kehamilan kerana setiap alat ini mempunyai sensitiviti yang tersendiri untuk mengenal pasti hormon hcg dalam air kencing. Jika air kencing kita mengandungi hormon hcg yang sedikit dan alat ujian kehamilan yang digunakan tidak begitu sensitif maka garisan kit ujian kehamilan menjadi kabur.
  4. Tamat tempoh penggunaan. Setiap alat ujian kehamilan mempunyai tarikh tamat tempoh. Oleh itu, para wanita hanya perlu membeli alat tersebut apabila mereka ingin menggunakannya.
  5. Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul. Hal ini demikian kerana alat ujian kehamilan sangat sensitif kepada haba. Jika terdedah kepada haba yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan alat ujian sekali gus menghasilkan garisan keputusan yang kabur.
  6. Jalur sejatan . Hal ini pula merujuk kepada jalur sejatan yang terdapat pada alat ujian kehamilan tersebut. Jalur sejatan ini berlaku apabila air kencing tersejat daripada alat tersebut apabila dibiarkan begitu sahaja buat masa yang lama. Ini akan menunjukkan keputusan yang positif dan mengelirukan wanita. Jalur sejatan ini selalunya kelihatan kabur sahaja dan tidak mempunyai sebarang warna.
  7. Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan. Hal ini kerana setiap alat ujian kehamilan akan ditulis dengan teliti bahawa ujian ini harus dibaca selepas 5 minit. Sekiranya terlajak masa bacaan melebihi 5 minit, keputusan yang mengelirukan akan berlaku akibat garisan ujian kehamilan yang kabur.
  8. ‘Chemical pregnancy’. Fenomena ini terjadi apabila wanita yang mengandung mengalami keguguran tanpa disedari. Sehubungan dengan itu, kepekatan hcg dalam air kencing berada dalam tahap yang rendah dan apabila mengambil ujian kehamilan ujian kehamilan bertukar kabur.
  9. Ubatan. Individu yang pregnant test line yang kabur kerana ubatan yang diberikan ialah untuk merawat kesuburan dan ianya mengandungi hormon hcg. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan pregnant test line yang kabur dan akan mengelirukan wanita yang mengambil ujian tersebut.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

pregnancy-upt

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)