Sulit
2 tahun
Kekerapan Hubungan sex
Saya berumur 34 tahun. Sy seorang lelaki. Sy mempunyai masalah hubungan sex kami selalu di tolak oleh pasangan sy. Kekerapan hubungan 1 x setu minggu… adalah sy yg bermasalah? Tq
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kekerapan hubungan 1 kali setiap minggu adalah biasa, normal. Namun, sekiranya anda mempunyai dorongan seksual yang lebih tinggi, ia tidak semestinya sesuatu penyakit atau masalah juga. Sesetengah pasangan menjalani hubungan lebih kerap, sesetengah tidak; kedua-dua ini adalah normal, tidak ada standard untuk kekerapan hubungan.
Hubungan seksual yang sihat memerlukan komunikasi dan persefahaman yang baik antara pasangan. Oleh itu, anda boleh cuba berkomunikasi dengan isteri anda mengenai hubungan seksual antara anda berdua atau merujukkan perkara ini kepada doktor untuk bantuan lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah.