
Anonymous
5 tahun
Kekurangan hormon testosteron
Saya seoarang lelaki yg berusia 19 tahun. Saya seorang leaki lembut. Saya mempunyai tubuh badan yang agak sedikit berbeza dengan rakan rakan lelaki saya yang lain dimana mereka memiliki tubuh badan maskulin dan ciri fizikal seorang lelaki yang sempurna. Saya perasan bahawa suara saya tidak garau seperti rakan rakan saya yang lain yang seusia saya. Dan saya dapat tahu bahawa saya kekurangan hormon testosteron walaupun saya sudah akil baligh. Saya sangat cemburu melihat ciri fiziKal dan perwatakan rakan lelaki saya yang lain. Perkara ini telah menjejaskan keyakinan diri saya untuk berdepan di khalayak ramai. Saya teringin untuk menjadi seorang lelaki sejati dan maskulin. Apakah pendapat doktor? Dimanakah harus saya dapatkan pil hormon testosteron?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang pihak kami perlu ketahui sebelum menyarankan kepada anda sebarang ubat-ubatan. Pertamanya, bagaimana anda mengetahui anda kekurangan hormon tostesterone? Selain itu, pemeriksaan fizikal juga harus dilakukan bagi mengetahui ciri-ciri fizikal and yang anda katakan tidak seperti lelaki normal yang lain.
Untuk makluman anda, bentuk tubuh setiap lelaki berbeza-beza dan tidak semestinya bentuk tubuh yang sasa atau maskulin menandakan kelelakian seseorang. Namun begitu, saya memahami kebimbangan anda, oleh itu, sila rujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut agar pemeriksaan dan maklumat lanjut boleh didapati dan bantuan boleh diberikan kepada anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.