
Anonymous
4 tahun
Kelenjar Getah Bening
hi doktor… saya direct saja lah ye. Saya rasa kelenjar bawah rahang sebelah kiri saya bengkak and bila pegang rasa macam sakit lebam macam tu, and saya rasa lah ketulan tu besar macam besar kacang merah dalam cendol tu kot. Normal ke ye? Sebab saya tengah sakit gusi and gigi atas kiri ni… Gusi saya bengkak. saya perasan kelenjar bengkak sehari selepas gusi saya bengkak teruk. Normal ke doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Terdapat beberapa punca berlakunya bengkak kelenjar (lymphadenopathy) yang boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama itu disebabkan oleh jangkitan, keradangan atau ketumbuhan . Secara umumnya, kelenjar bengkak biasanya adalah respon tubuh badan untuk melawan sesuatu jangkitan. Kebiasaannya, ia akan baik pulih dengan sendiri dalam 2-3 minggu.
Kelenjar dalam artikel merujuk kepada kelenjar limfa atau noda limfa. Ia adalah sebahagian daripada sistem limfa yang berfungsi untuk melawan jangkitan. Noda limfa akan menapis kekotoran dari limfa, iaitu sejenis cecair badan. Anda boleh mendapatkan kelenjar bengkak di bahagian tubuh yang berlainan, tetapi anda mungkin merasakannya pada leher, di ketiak atau di pangkal paha.
Tiada rawatan khusus bagi bengkak kelenjar. Rawatan diberi berdasarkan penyebabnya dan tiada petua alami yang dibukti berkesan menangani masalah ini.
- Kelenjar bengkak yang disebabkan oleh virus tidak memerlukan rawatan. Kelenjar akhirnya menyusut. Ini boleh mengambil masa beberapa minggu atau lebih lama.
- Sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria, doktor anda mungkin memberi anda antibiotik.
- Sekiranya kelenjar bengkak anda disebabkan oleh kanser, doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar yang sesuai untuk rawatan.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.