
Sulit
2 tahun
Keletihan, sesak nafas, pening dan alergi
Saya wanita berusia 24-an, saya rasa keletihan, sesak nafas, pening dan sendawa berterusan. saya ada hb rendah dan alergi. saya dah complete 2 dos vaksin comirnaty.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda sedang mengalami gejala keletihan, sesak nafas, pening dan sendawa berterusan. Tambahan pula, anda mengalami masalah anemia (Hb rendah) dan alahan. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umumnya, masalah anda boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Masalah anemia
- Jangkitan coronavirus atau jangkitan kuman lain
- Kesan sampingan vaksin
- Masalah sistem penghadaman makanan seperti gastritis, GERD, dan ulser perut
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.