
Sulit
5 tahun
Keluar air mani ketika tidur
Saya lelaki dan kadang kadang saya bila tidur saya akan rasa macam menahan ketika klimaks sehingga mengeluarkan lendir seakan air mani tetapi kompisisinya cair dan akan ada seperti ketulan agar agar yg bila dipegang rasa pejal, saya akan terjaga kalau ini berlaku, sudah lama situasi ini tak berlaku tetapi pagi ini berlaku setelah lebih kurang sebulan lebih tak berlaku, soalan saya adakah itu penyakit atau normal? Cara saya mengatasinya? dan adakah yg keluar itu air mani? Perlukah saya mandi wajib?, saya harap ada respons, terima kasih😇

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair yang keluar dari zakar anda adalah berkemungkinan air mazi atau air mani. Menurut hukum agama, anda diwajibkan untuk mandi wajib sekiranya diragui keluar air mani. Sekian.