
Sulit
4 tahun
Keluar brown spotting dpo4 n period dpo6
Saya wanita berumur 26tahun. sy baru berkahwin sebulan lebih. baru baru nie masa dpo4 ada brown spotting sikit, tu pon dlm pkul 10malam. lpas tu dpo 5 pon ada brown spotting tp lagi byk dri dpo4 pon malam jugak dlm pkul 8malam. dpo6 sy rasa sy period sbb byk keluar masa sy buang air kecil. walaupun takde lendir mcm selalu period, tp keluar byk tu mcm period. normal ke dr? sbb selalunya luteal phase sy 13hari, kali nie 3hari je.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, cecair lendiran hitam atau spotting yang abnormal mungkin boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah spotting dan cecair hitam ini merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.