Anonymous
3 tahun
Keluar cecair berwarna coklat di alat sulit wanita
maaf doktor… saya nak bertanya… saya dah berkahwin… umur saya sekarang dah nak masuk 23tahun… anak saya yang pertama ni dah masuk 10bulan… saya memang menyusukan anak dengan susu badan… saya tertanya & pelik doktor… kenapa dekat alat sulit saya keluar cecair berwarna coklat? sebab setahu saya… selagi adanya susu badan… selagi tulah darah haid kita takkan datang… dan ramai yang cakap macam tu…
Tapi sekarang ni… saya keliru kenapa ianya datang cecair berwarna coklat ni? ke susu badan saya dah nak stop & nak datangnya kitaran haid saya semula?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!






















