
Anonymous
6 tahun
Keluar cecair putih dari kemaluan lelaki
Saya lelaki … Terdapat cecair putih yg sering keluar dari kemaluan sya … Tidak sakit … Tetapi dia dia sering keluar … Dan bila kencing sahaja dia agak sakit di hujung pangkal kemaluan … Itu sahaja … Umur saya 20

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Encik juga boleh rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.