
Anonymous
4 tahun
Keluar darah haid di lendir sedikit2 adakah tanda mengandung?
Selamat tengahari doktor…Sy perempuan, berumur 31thn…bulan lepas 30/4-8/5 ( darah heavy flow )

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami gejala darah haid yang kurang. Antara punca yang boleh menyebabkan gejala ini adalah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Sekiranya anda bimbang tentang status kehamilan anda, anda disarankan untuk membuat urine pregnancy test untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Hal ini kerana tanda-tanda kehamilan adalah berbeza dalam golongan individu dan tidak boleh digunakan untuk meramal status kehamilan.
Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai isu ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.