Sulit
5 tahun
Keluar darah kecoklatan selepas waktu kesuburan
Saya baru 2 bulan berkahwin…saya datang period dalam 30/12- 5/1.waktu period ni adalah teratur mengikut period sebelumnya…pada hari seterusnya saya telah bersih dan dalam tempoh kesuburan…pada 10/11/13&14 hb sy melakukan persetubuhan…yang menjadi peliknya pada 17-25hb ada darah ke coklatan yang keluar…kadang keluar…kadang tak keluar…dn tarikh period saya adalah semalam iaitu 28hb jan tetapi masih tiada darah period yang keluar hingga harini…mohon beri pendapat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































