
Anonymous
5 tahun
Keluar darah selepas kencing
Assalamualaikum dr… Sy nak tanya apa masalah menyebabkan sy kencing dan keluar darah.selepas selesai kencing dengan tidak rasa sakit keluar darah sperti darah luka… Dan sy rasa kencing tidak puas. Kerap kencing. Bila sy pegi klinik dr ckp air kencing kotor. Dan sy dah ambil ubat antibiotik dan ubat kencing kotor… Tp still darah keluar… Dari bulan 11 tahun 2018 lagi darah keluar sampai skrang… Bila check air kencing dr cakap ok tak ada masalah… Sy bimbang darah masih lagi keluar… Adakah berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berdarah boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi lanjut dengan doktor. Jelaskan bahawa anda telah berubat namun gejala masih tetap ada. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk kerap minum air dan elakkan menahan air kencing untuk mengelakkan gejala memburuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.