Sulit

3 tahun

Keluar darah semasa hamil

Saya dalam 17 minggu kehamilan untuk anak kedua, masih ada spoting bleeding, tapi tidak mengalami sebarang sakit di kawasan rahim. Tidak berlaku semasa kehamilan pertama. Perlukah ambil ubat @ terus ke kecemasan sahaja?

Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kerisauan Puan dengan situasi pendarahan yang berlaku di trimester pertama kehamilan.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan pendarahan berlaku ketika hamil. Ia boleh dikategorikan mengikut trimester. Pada peringkat 17 minggu kehamilan, antara sebab pendarahan berlaku adalah :

  • Ancaman Keguguran : antara simptom ancaman keguguran termasuklah pendarahan yang sedikit berserta sakit di bahagian rahim ataupun tiada sakit. Doktor akan melakukan ultrasound dan pemeriksaan faraj untuk memastikan sekiranya keguguran berlaku.

  • Perubahan pada serviks : perubahan hormon yang berlaku pada seseorang ketika mengandung boleh menyebabkan perubahan pada permukaan serviks. Serviks menjadi leboh lembut dan lebih mudah untuk berdarah.

  • Jangkitan kuman : pendarahan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada faraj wanita. Biasanya ia akan diiringi cecair lendir yang tidak normal.

  • Placenta previa : merupakan satu kondisi dimana uri berada di bawah berdekatan dengan serviks. Simptom pendarahan tanpa sakit biasanya mula berlaku seawal minggu ke-20 kandungan.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Bagi mengelakkan pendarahan terus berlaku, Puan dinasihatkan untuk :

  • Mengurangkan aktiviti lasak
  • Banyakkan berehat
  • Hadkan pergerakan

Saya menasihatkan Puan agar segera ke Hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang kondisi kandungan Puan. Puan juga boleh berhubung dengan kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi secara peribadi dengan pakar. Terima Kasih.

AdobeStock_2702651

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)