Sulit
4 tahun
Keluar darah setelah makan folic acid
Salam doctor… saya sudah berkahwin setahun lebih…beberapa bulan yg lalu saya mengalami keguguran… sekarang saya telah mengamalkan folic acid untuk merancang hamil lagi… masalah saya sekarang ialah ada sedikit darah keluar …mustahil ianya darah haid kerana sya baru sahaja habis datang bulan .adakah ianya biasa terjadi kepada pengamal folic acid yg lain ?terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah tersebut tidak disebabkan oleh asid folik.
Masalah ini dikenali sebagai spotting. Masalah spotting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- implantasi kehamilan
- ovulasi boleh menyebabkan spotting
- masalah struktur rahim seperti fibroid, endometriosis
- pre mestrual sindrom
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.