
Sulit
4 tahun
Keluar mazi dan terasa sakit
Saya remaja berusia 20-an…saya selalu on call dengan tunang saya dan air mazi dapati selalu keluar tanpa disedari…setelah siap on call dah bangun untuk buat kerja lain dan bahagian buah zakar terasa sakit (senak) dan sukar utk pulih dengan keadaan segera ia memerlukan masa dalam sehari or lebih…apakah sebab kesakitan itu berlaku dan macam mana cara mengatasinya…???

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- Perubahan sementara organ kelamin (jika tidak sakit)
- Inflamasi testikel
- Jangkitan kuman
- Varikosele
- Hydrocoele
- Tanda-tanda angin pasang
- atau gangguan testikel yang lain
Ia juga boleh berlaku apabila anda sering melakukan aktiviti yang secara tidak sengaja memaksa keluarnya air mazi mahupun air mani. Kondisi seperti itu, membuat organ seperti prostat bertambah letih sehingga berlaku kesakitan atau senak.
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.