Sulit
4 tahun
Keluar period setelah positif pregnant
sy lewat haid dan ada buat upt naik double line…dan utk kepastian saya buat urin test juga dkt hospital…positif juga…tetapi setelah smnggu sy period semula…kenapa ya doc…dan sy xfaham cara kira waktu subur…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, sekiranya berlaku pendarahan seperti haid selepas anda disahkan upt positif, terdapat kemungkinan ujian upt positive yang salah, kehamilan tersebut tidak berjaya, atau komplikasi kehamilan lain.
Pengiraan waktu subur adalah dalam kata lain mengira tarikh ovulasi anda yang biasanya berlaku di tengah-tengah kitaran haid anda. Pengiraan ini delakukan bergantung kepada tempoh kitaran haid anda iaitu dari tarikh hari pertama datang haid ke tarikh sebelum hari haid seterusnya. Anda boleh rujuk link ini (Kiraan kesuburan wanita) untuk bacaan lanjut.
Untuk mengesahkan status kehamilan anda, anda disarankan untk merujuk kembali ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.