
Sulit
4 tahun
Keluar sperma sering ketika bangun tidur
saya Lelaki berumur 17 tahun saya ingin tanya kenapa air mani saya sering keluar ketika bangun tidur tanpa mimpi dalam seminggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang air mani.
Untuk makluman anda, ianya normal untuk mengeluarkan air mani sekiranya anda mimpi basah. Kemungkinan anda tidak boleh mengingati semula mimpi anda atau anda memang tidak mengalami mimpi basah. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana hal ini adalah normal pada seorang lelaki.
Sekiranya anda masih ragu tentang hal ini, sila berjumpa dengan doktor di klinik untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.