
Anonymous
4 tahun
Keluar spot coklat dari faraj
Saya wanita berusia 36 thn. Saya mempunyai masalah pcos. Period saya tidak teratur, kadang2 hanya datang setahun 1 - 2 kali. Baru2 ini period saya datang pada bulan puasa bermula dengan spot coklat dan darah ( sedikit sahaja) selama 15 hari. Selepas berenti selama dua minggu, keluar spot coklat sebyk 3 kali berselang hari. Kuantiti spot sedikit sahaja.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan sekiranya UPT positif
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jikalau anda risau akan kehamilan anda adalah amat disarankan untuk anda berjumpa dengan pakar obstetrik supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.