
Sulit
5 tahun
Kemaluan kecil dan mengecut sejak kecil
Saya lelaki berumur 24tahun. Saya gemok ketika kecil. Selepas saya berkhatan pada darjah 2, zakar saya jadi termasuk kedalam. Saya hanya berfirki ianya berlaku kerana keadaan saya yang gemok. Tapi ketika saya di sekolah menengah, saya telah kurus yang amat sangat namun zakar saya masih kecil dan mengecut. Ianya berlarutam sehingga kini. Dan sekiranya menegang, hanya sekadar 3inci maksimum. Jadi, saya ingin bertanya adakah terdapat masalah pada zakar saya sehingga jadi begitu?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, saiz zakar adalah bergantung kepada individu dan genetik. Orang asia yang sememangnya bertubuh lebih kecil adalah disebabkan pengaruh genetiknya dan begitu jugalah terhadap organnya yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.