Anonymous
6 tahun
Kemaluan terasa sakit
Saya wanita yang malakukan sex tapi baru2 ni lepas kencing je rasa sakit n kadang2 berdarah adakah kerana jangkitan kuman ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca yang menyebabkan rasa pedih kencing adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Manakala antara punca yang kerap menyebabkan kencing berdarah adalah seperti:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang di dalam saluran kencing
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, pemeriksaan yang teliti dan maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!


































