
Anonymous
2 tahun
Kemerahan sekitar zakar
Saya lelaki berumur 22 tahun, sejak semalam terdapat kemerahan pada kepala zakar dan jika terkena pada kain ianya terasa ngilu. Pada pagi tadi saya dapati terdapat kesan merah dan pedih disekitar kawasan zakar. Kenapa ianya terjadi dan bagaimana nak mengubati?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami Balanitis iaitu kerengsaan kepala (glans) zakar anda. Ini biasanya disebabkan oleh kebersihan yang tidak baik atau jangkitan. Anda lebih cenderung untuk mendapat balanitis jika anda tidak disunat.
Tompok merah, bengkak, dan gatal-gatal adalah gejala biasa.
Gejala-gejala lain termasuk:
- sakit semasa kencing
- pembentukan cecair di bawah kulup
- ketidakupayaan untuk menarik balik kulup anda (phimosis)
Pilihan untuk rawatan:
Dalam beberapa kes, balanitis boleh diselesaikan dengan mengamalkan kebersihan yang baik. Anda perlu memastikan zakar anda bersih dengan kerap mencuci di bawah kulup anda. Gunakan sabun organik yang tidak mengandungi bahan kimia pewangi atau yang sesuai untuk kulit sensitif.
Sekiranya gejala anda berlanjutan atau tidak bertambah baik selepas beberapa hari, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana anda mungkin mengalami jangkitan alat kelamin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.