Sulit
4 tahun
Kemerosotan Sexuality
Salam, untuk makluman tuan Dr…saya sekrg berumur 50 tahun & telah mengambi ubat darah tinggi norvarsc 10mg lebih dari 15 tahun & sepjg itu tiada masalah sexual yg dihadapi. Pada tahun 2019 Doktor telah menukar ubat kepada jenis coveram 10/10mg & menambah ubat crestor rosuvastatin 10mg. Semenjak itu ereksi tidak sekeras dahulu hanya bebrp minit mulai kendur walaupun keinginan ada…(saya ada baca sideeffect coverm ada sexual dysfunction (1/100org). Adakah saya mengalami sideeffect tersebut… Terima kasih atas pencerahan…
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami masalah ereksi dan kami akan cuba membantu anda.
Seperti yang anda sedia maklum, masalah ereksi boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat hipertensi. Selain itu, beberapa perkara lain juga boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya :
- Hipertensi
- Penyakit kencing manis
- Tahap kolesterol yang tinggi
- Umur melebihi 50 tahun
- Merokok
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Masalah gangguan emosi
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda. Sekiranya ia disebabkan oleh ubat hipertensi, doktor akan menukarkan kepada ubat lain yang lebih bersesuaian untuk anda. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah



























