Sulit
2 tahun
Kemungkinan pregnant atau tidak
Doc, saya wanita berumur 22 tahun Semasa tanggal 23hb mac saya ada melakukan petting tanpa menanggalkan pakaian. Tetapi ada sedikit cairan sperma yang kena di tangan saya dan saya telah mencucinya menggunakan sanitizer sahaja. Setelah lebih kurang 18 minit saya tidak ingat saya ada menyentuh vagina atau tidak. Pada 20hb april saya datang bulan. Adakah saya boleh pregnant walaupun datang bulan?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya walaupun pasangan anda merasakan telah ejakulasi di luar, potensi untuk terjadinya kehamilan tetap boleh berlaku sekiranya terdapat hanya setitis air mani yang berjaya memasuki pintu rahim tanpa diduga.
Justeru bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Tambahan pula, haid yang teratur setelah beberapa minggu berhubungan intim, merupakan salah satu tanda jelas tidak berlaku kehamilan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.