
Sulit
5 tahun
Kenapa belum dtg haid
Saya budak 13 thn tapi haid saya tidak teratur sejak tahun lepas tapi bulan lepas saya belum datang haid tapi saya tidak mempunyai boyfriend dan saya tidak pernah melakukan hubungan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, selain daripada kehamilan masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan atau terlalu kurang seperti obesiti atau anorexia
- Perubahan diet yang drastik
- Stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah kelenjar tiroid seperti hipertiroid
- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Masalah pada struktur rahim atau ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.