Sulit
5 tahun
Kenapa period tak datang
Hi dokter, saya berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai kitaran haid yang normal iaitu 28 hari dan datang period setiap bulan. Pada bulan lepas, saya datang haid pada 14 julai 2020, dan mengikut pengiraan mengikut kitaran haid saya haid saya seterusnya akan bermula pada 10 ogos 2020. Tetapi, haid saya tidak datang pada tarikh yg sepatutnya. Ini amat merisaukan saya kerana sebelum ini pengiraan saya untuk haid seterusnya selalu tepat dan haid akan datang pada hari yg sepatutnya. Tanda2 akan datang haid seperti sakit perut, pinggang, pening kepala ada, tetapi haid tidak datang. Saya merasakan datang haid tetapi rupanya hanyalah cecair keputihan sahaja. Saya tidak menggambil apa2 ubatan. Mengapa ye dokter?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid pada 10 Ogos. Oleh kerana ini baru sehari lewat, anda tidak perlu terlalu risau. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























