
Sulit
3 tahun
Kenapa saya mempunyai kesan hitam di bahagian badan
saya remaja berusia 16 tahun mempunyai kesan hitan di badan di bahagian perut kawasan hitam itu bulatan yg amat kecil

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, garis hitam yang anda ceritakan digelar ‘line nigra’. Linea nigra lebih lazim dalam kalangan wanita mengandung tetapi wanita yang tidak mengandung dan lelaki juga boleh mendapat garisan ini. Terdapat teori yang menyatakan bahawa garisan ini boleh muncul dalam wanita tidak mengandung atau lelaki kerana terlebih hormon estrogen dan progesteron yang mengganggu sel melanocyte untuk menghasilkan lebih banyak melanin. Melanin ialah pigmen yang memberi warna kulit anda. Selain hormon, ubat-ubatan dan persekitaran anda juga boleh menggelapkan garisan di tengah ari-ari anda.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.