
Anonymous
6 tahun
Kenapa saya rasa ingin muntah dan pening kepala
Saya sering rasa mual-mual dan pening kepala.Adakah itu dikategorikan mengandung?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berikut adalah antara tanda-tanda kehamilan :
- Tidak haid
- Perubahan pada payudara
- Sering buang air kecil
- Nafsu makan berkurang
- Mual dan muntah
- Muncul perdarahan ringan/spotting yang diikuti kram perut
- Perubahan mood (mood swing)
Namun, bukan semua orang mengalami gejala-gejala ini sewaktu hamil. Gejala anda juga boleh merupakan tanda dari penyakit lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.