
m.rizuandi
5 tahun
Kencing berbuih kadang kala
Adakah kencing saya tidak bahaya. Jika saya dapati kencing berbuih, saya akan minu. Air yang banyak. Selepas saya kencing, tiada lagi buih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berbuih boleh disebabkan:
- Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.
- Kelajuan air kencing pada air mangkuk jamban
- Dehidrasi
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Kehamilan
- Masalah darah tinggi masa mengandung
- Eklampsia
- Diet tinggi dengan protein
Sekiranya perkara ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.