
Sulit
5 tahun
Kencing berdarah Baby
Bayi sy berumur 2 bulan 5 hari…hari ahad 22.9 dy start selesema…ari selasa bru sy bwk g klinik pakar kanak²…suhu bdn xpanas…sebelum tidur sy ingin tukar lampin dy tp sy ad nampak merah² tp pudar sangat…Tengah pagi su tukaq lagi lampin nmpk ad tompok merah pudar tu tp sedikit …pampers pon tak berapa berat macam biasa…kenapa ya doctor…adkah dy berkenanan ginjal???or something…harap doc dapat jelas kan pertanyaan saya…terima kasih doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ruam yang luka dibahagian kemaluan
- Trauma
- Kristal yang terhasil kerana bayi kekurangan air ekoran susu badan yang rendah
- Penyakit buah pinggang (jarang-jarang)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.