
Sulit
5 tahun
Kencing Bernanah (Gonorrhea)
Saya lelaki berumur 27 tahun. Saya dapati anu saya mengeluarkan cecair kekuningan seperti nanah & kadang ia melekat di seluar dalam saya. Saya tahu ianya adalah gonorrhea kerana saya ada terbaca artikel penyakit tersebut. Saya harap Dr dapat membantu saya dalam menyenaraikan ubatan yang perlu saya belikan secara online agar rahsia peribadi saya tidak diketahui umum.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keluarnya nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Hal ini kerana, penyakit tidak didiagnosis berdasarkan satu gejala sahaja. Merujuk kepada senarai diatas, bukan hanya Gonorea yang bergejala kencing bernanah. Bagi mengelakkan masalah memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor.
Malah, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.