Sulit
4 tahun
Kencing kerap dan sukar tahan air kencing
Saya Lizawati umur 37 Tahun…masalah Saya kerap kencing dan air tak banyak dan sukar tahan kencing…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
- Masalah saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Gejala yang dialami juga boleh berpunca dari sebab yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor juga sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Kencing berdarah atau/dan bernanah
- Air kencing berbau busuk
- Sakit ketika membuang air
- Demam
- Lesu
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































