Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
left eye optic surgery done on Oct 2020. saya mempunyai beberapa soalan yang saya risaukan:
1)saya pernah beberapa kali menjalan laser di mata bahagian kanan dan saya telah berhenti menerima rawatan laser kerana tiada perbezaan dan sekarang mata saya berada dalam keadaan yang silau teramat sangat sehingga membataskan penglihatan. adakah keadaan saya ini memang komplikasi diabetic?
3)sejak 1 minggu lepas, keadaan saya selalu sesak nafas, muntah dan loya, perut terasa sangat tidak selesa, mood swing. adakah perkara ini normal bagi pesakit diabetic seperti saya?
Terima kasih doktor.
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara komplikasi diabetes adalah retinopati diabetik. Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta. Antara gejala yang boleh dialami adalah:
Antara gejala kencing manis adalah:
Kencing manis juga boleh menyebabkan fungsi sistem pernafasan anda merosot ataupun menyebabkan mudah mendapat jangkitan paru-paru dan menyebabkan sesak nafas. Kencing manis juga boleh menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan dan menyebabkan gejala seperti loya dan muntah.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut kerana gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan perkara lain.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.