
Sulit
3 tahun
Kencing menjadi warna jernih
Hai doktor. Air kencing saya menjadi warna putih sudah 3/4 hari doctor. Kondisi badan saya okay. Kencing tidak rasa sakit. Apa yang perlu saya buat doctor ? Kerap kencing tu tidak. Tapi setiap kali nak kencing air kencing mesti jernih. Tak kuning .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kencing yang menjadi warna jernih dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, jika anda membuang air kecil dan kelihatan berwarna jernih,ianya normal atau ia mungkin kerana anda telah banyak minum air putih. Pengambilan cecair tambahan mungkin akan menyebabkan anda kerap kali membuang air dan secara tidak langsung ia akan mencuci warna kekuningan biasa air kencing.
Saya harap saya telah menjawab soalan anda. Jika anda memerlukan penjelasan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami ataupun doktor pakar urologist secara atas talian.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat mengenai masalah buah pinggang daripada doktor pakar buah pinggang (Nephrologist).