
Sulit
5 tahun
Kencing sakit di hujung dan fungal infection
Saya wanita berumur 27 , dah berkahwin 4 bulan . Dua bulan lepas saya ada berjumpa dengan doktor berkaitan vagina infection tapi ubat yang doktor bagi tak berkesan . Masih sakit dihujung kencing tapi tiada kencing berdarah . Bulan lepas saya berjumpa doktor yang lain sebab saya mengalami gatal2 di bahagian vagina saya dan jangkitan melalui suami saya . Doktor bagi ubat anti fungal dan antifungal cream . Memang elok tapi sekarang gatal balik dekat bahagian luar vagina saya . Tak boleh nk tidur malam disebabkan gatal . Ada ubat yang lebih berkesan utk fungal infection xdatang balik ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan kulat ini biasanya menjangkiti individu yang tidak menjaga kebersihan faraj seperti selalu meninggal faraj dalam keadaan basah. Kelakuan seks juga boleh menyebabkan jangkitan kulat sekiranya pasangan anda juga mempunyai jangkitan tersebut. “Oral sex” dengan pasangan yang berjangkitan kulat akan menyebabkan “Oral thrush” iaitu kulat dalam mulut.
Selain itu, jangkitan kulat ini lebih mudah berlaku pada individu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti individu yang menghidap kencing manis, makan ubat corticosteroid secara berpanjangan, kanser, menjalani kimotherapi yang berpanjangan dan HIV/AIDS.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.