Sulit
5 tahun
Kencing sakit di pundi terasa ngilu
Hai doktor,saya lela umur 24 tahun dah berkahwin dan punya anak,masalah saya sakit bila buang air kecil di pundi terasa ngilu dan buat saya rasa meneran terus walau air kecing dah tiada…suami belikan ubat ural sachet kat klinik atas saranan doktor kat klinik itu…dah 2 hari minum ubat tu kencing pun ada ok sikit tidak sudah berapa sakit cuma ada ngilu sikit…masalah nya sekarang bahgian pinggang saya sakit dan perut saya dah dua hari macam ini sejak minum ubat itu…sakit sangat baring pun sakit berdiri pun sakit…saya dah tak tahan…dengan punya anak kecil susu badan lagi saya tak mampu miring atau tunduk…ini kali pertama terasa sakit macam ini…tolong saya doktor apa saya perlu buat ?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Umumnya kencing sakit dan pundi terasa ngilu boleh disebabkan oleh
- gangguan saraf
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- trauma
- gejala awal kencing manis
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular & buah pinggang
- penyakit batu karang
- gangguan pundi kencing (jangkitan, batu karang,dll.)
- dan lain-lain
Walau bagaimanapun kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor yang telah memberikan preskripsi ubat tersebut, agar beliau tahu tentang kondisi sebenar anda saat ini. Sememangnya doktor yang terbaik untuk memberikan preskripsi ubat adalah doktor yang telah bersemuka dengan pasien secara fizikal.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.


































