Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas dan tidak datang haid selama sebulan
hi doctor . saya umur 22 telah berkahwin dan mempunyai seorang anak . saya sekarang kerap kencing tapi kencing sikit sahaja dan rasa air kencing tu tak keluar habis . dan sebulan ni period tak datang . check upt negative .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kencing tidak lawas adalah rasa kencing yang tak puas dan seperti masih ada air kencing yang belum habis dikeluarkan. Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak sepenuhnya sering tidak disedari sehinggalah sampai ke peringkat akhir. Peringkat ini boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau salur kencing yang tersumbat.
3 sebab utama masalah ini adalah:
a) Pundi kencing hipotonik
b) Prolaps faraj
c) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak dalam keadaan rileks semasa pembuangan air kencing. Kecederaan saraf tunjang, ‘slip disc’, pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkan masalah penyingkiran air kencing.
Berkenaan masalah haid yang tidak datang, ia bukan disebabkan kehamilan sahaja. Terdapat pelbagai faktor lain terjadinya masalah ini, seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!


































