Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kencing terlalu kerap dan sakit pada perut

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 30, 2020 3:05 AM

Sulit 16 hari

Hai saya wanita berumur 19 tahun, pernah menjalani operation appendix 3 bulan yg lepas, selepas operation ada bengkak dan anah yg jadi tapi tak pernah pergi hospital. Waktu operation pon saya masuk harini, esok pukul 10 pagi tu terus keluar. Dari lepas operation tu lagi, saya ada rasa semacam nyeri pada bahagian sisi perut tapi hanya datang dan hilang macam tu ja. Sekarang lebih kurang seminggu nih, rasa sakit tu tak hilanh dan sangat sakit sehingga menyukarkan saya berjalan, rasa sakit tu dari perut bahagian belah kanan hingga kebelkang dan saya juga jadi terlalu kerap kencing, rasa nyeri ketika kencing dan pundi kencing sakit hingga menyukarkan saya berjalan lepas membuang air kencing. Hampir setiap masa saya rasa macam ada ja air kencing nk keluar evn tho kalau saya pergi ke toilet yang kelur tu terlalu sikit. Rasa sakit pada perut tu semacam rasa senak. Saya ada pergi ke hospital tapi doktor cakap kata yang selalu jadi mcm ni lepas operation appendix sbb ada masalah pada usus tapj majority org tua dan saya tidak dapat sebarang rawatan dan hanya diberikan ubat bagi kencing lawas. Doktor juga cakap ada darah dalam air kencing tapi tiada kehadiran bakteria. Doktor saya risau dan buntu. Rasa sakit ni menyukarkan saya berjalan dan mengangkat benda berat, kaki belah kanan saya pon kalau angkat mmg rasa sakit kat perut. Jadi saya nak tanya apa yg perlu saya lakukan?

Dr Sashini Seeni 16 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini boleh berkaitan dengan sejarah pembedahan anda ataupun tidak. Punca sakit semasa kencing dan kerap kencing adalah seperti:

  • Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
  • Cystitis adalah keradangan pundi kencing
  • Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
  • Batu karang

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 30 2020 03:05:21 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Masalah Kencing dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Kencing Tidak Lawas Selepas Bersama Saya mengalami kencing tidak lawas setelah bersama suami. Perkara ini terjadi dalam beberapa kali. Apakah punca dan rawatan yg boleh saya lakukan? Baca lagi...
14 hari
Sulit
Period tapi kencing xlawas Salam hai . Sy baru berumur 19 tahun dan sy nak tanya . Sy sedang period sekarang dh 2hari tetapi sy kerap kencing sehinggakan sy xdapat kawal . Mintak tlg terangkan terimakasih Baca lagi...
39 hari
Sulit
Bangun Malam Untuk Buang Air Kecil Saya wanita berumur 34 tahun & masih belum berkahwin. Lately ni saya perasan saya sering terjaga waktu malam untuk buang air kecil. At least sekali saya akan terjaga untuk ke toilet. Baru terjad… Baca lagi...
24 hari
Sulit
Kencing tidak lawas dan kerap kencing malam Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Untuk makluman Doctor, sejak kebelakangan ini saya kencing tidak lawas, tidak puas, kencing bercabang dan kerap kencing ketika saya baring untuk tidur (Belum … Baca lagi...
36 hari
Sulit
Saya kencing keluar air mani kekuningan Cara cara untuk hilang kan kencing keluar air mani Baca lagi...
35 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >