Sulit
2 tahun
Kencing yang tidak lawas / tidak lancar ketika kencing
Saya ingin bertanya boleh ke saya mengambil ubat jenis ural alkanizer seperti ubat jenama u-lite/cran lite bagi umur 16 tahun untuk hilangkan masalah kencing yg xlawas / xlancar ini ??
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami masalah kencing tak lawas dan ingin mengetahui jika anda boleh mengambil ubat urine alkalizer untuk menghilangkan masalah anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh eerapa perkara seperti :
- Masalah kencing kotor
- Pundi kencing hipotonik
- Prolapse pundi kencing
- Jangkitan pada saluran air kencing
Kami tidak dapat memberikan kepastian mengenai ubat untuk merawat masalah anda tanpa maklumat lengkap dan pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan. Kebiasaanya, kencing tidak lawas dirawat mengikut punca masalah tersebut. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor mengenai perkara ini supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.