Sulit
3 tahun
Kentulan/biji2 pada puting susu
Saya wanita berumur 20tahun.Saya mendapati bahawa terdapat ketulan/biji2 kecik di bahagian puting susu tetapi tidak memberi sebarang kesan terhadap kesihatan dan kesan kepada yang lain.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketulan di bahagian puting payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!