
Sulit
4 tahun
Kepala berpusing apabila baring , muntah berulang kali
Hi doktor.Ayah saya perokok tegar dan dia jugak pesakit kencing manis dan sudah dipotong 1 jari kaki kanan dan 2 jari kaki kiri. Berat 90 dan tinggi 178 Lately ni dia makin kerap demam. Semalam ayah saya berpeluh dan kepalanya berpusing apabila dia baring.Seakan2 siling itu berputar2 .Pening dia tu tiba2 acttack macam tu je.Dia hampir pengsan doc. Seluruh badannya tak boleh bergerak dan kebas.Tulang belakangnya sakit.Bahunya pun sakit jugak.lepastu ayah saya check darah tinggi guna our personal machine.tapi saya tak tau nilai2 normal darah tinggi . 144/80 n kekadang turun naik . Adakah nilai ini normal ? Saya berharap sangat doctor dapat oncall dengan ayah saya.Dalam 15 macam tu ? Sebab ayah saya dah overthinking doc dia cakap mungkin dia ada kanser,sakit jantung,stroke.Ya allah doctor.Tolong saya doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi kesihatan ayah anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sangat menasihatkan ayah anda untuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Untuk makluman anda, bacaan tekanan darah 144/80 adalah kategori tinggi dan perlukan rawatan lanjut.
Sakit kepala, kebas, dan sukar bergerak yang di alami oleh ayah anda mungkin berpunca daripada bacaan darah tinggi atau bacaan gula, boleh jadi juga gejala ini berpunca daripada penyakit lain yang tidak diketahui dan memerlukan pemeriksaan.
Untuk bercakap dengan kami di DoctorOnCall, sila lawati (link ini) bagi mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.