Sulit
6 tahun
Kepala dan penglihatan rasa bergegar
Saya berusia 22 tahun, merasakan otak saya bergegar seperti dilambung ombak. It disturbs my vision and balance too. Penglihatan juga rasa bergegar seperti dilambung ombak.Had been experiencing this for 3 days. Had taken panadol but it didn’t work.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan migrain dimana sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan. Atau berkemungkinan ianya disebabkan oleh masalah penglihatan yang seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































