
Sulit
5 tahun
Kepala kerap sakit dan berdenyut
hi dr… sye nk tnye… sjak akhir² ni sye kerap sakit kepala bahagian bawah dia kedua² belah kepala… kadang² bila sakit kepala tu dtg mata sye akan kabur… sakit kepala tu berdenyut di bahagian bawah dan membawa ke tengah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala adalah masalah yang lazim berlaku. Namun begitu, sekiranya sakit kepala anda diikuti dengan gejala seperti di bawah, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Antaranya:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Memandangkan anda juga mengalami mata kabur, saya amat menyarankan supaya anda berjumpa dengan doktor. Anda juga boleh mengambil ubat paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.