
nynaryzan85
5 tahun
Kepala pening dan sakit tengkuk
Saya wanita dlm 30’an,saya tengah hamil 10mggu,saya mengalami kepala terasa pening dan berat sebelah kiri sudah 2hari,keseimbangan badan juga hilang dan tengkuk juga selalu terasa sakit serta kejang.saya mahu tanya adakah itu normal bagi ibu mengandung…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap kehamilan anda. Kemungkinan besar masalah ini adalah tanda-tanda awal kehamilan iaitu:
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Kesukaran untuk tidur
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih