Sulit
5 tahun
Kepala pening dan terbuai buai
Kepala saya terasa pening dan seperti terbuai buai. Terasa seprti sedang berada di dalam sampan di atas air.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala seperti terbuai-buai. Untuk makluman anda, gejala seperti ini dinamakan sebagai vertigo. Terdapat pelbagai penyebab terjadinya gejala ini , antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Kami menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Hal ini kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Maklumat lanjut tentang rekod kesihatan anda juga adalah diperlukan.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































