Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Selalu pening letih melampau

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 20, 2021 8:23 PM
Sulit 35 hari

Salam doktor,
Saya perempuan umur 34 tahun. Saya dh berkahwin lebih 3 bulan. Rutin harian saya berubah keseluruhannya berbanding rutin bujang saya yg banyak ‘me time’. Saya masih berusaha untuk sesuaikan diri dengan suasana tempat baru dan rutin baru sebagai isteri dan menantu. Rutin harian saya sentiasa penuh sampai hujung minggu. Hujung minggu kami ke dusun keluarga mentua tolong menebas kawasan sekitar dusun. Rutin harian yg baru ni buatkan saya kurang rehat, tidur tak nyenyak, kurang selera makan, mengantuk & kurang fokus di tempat kerja, seharian pening kepala pusing2, rasa nafas pendek, kadang rasa macam nak habis nyawa, rasa susah nak telan macam ada benda tersekat di tekak, sakit kepala kadang2. Sembelit & angin2 yg sedia ada masa bujang lagi makin ambil masa untuk normal balik. Dengan kes covid yg tengah naik, risau pulak kalau2 saya terkena jangkitan. Saya baru mula makan folic acid 5mg 2 hari nh, rasa perut kembung dan lagi susah nak buang air besar. Saya pun taktau nak buat apa lagi dah. Apa yang tak kena ya doktor…

Dr Sri Viknarajan 35 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kesihatan semenjak berkahwin kerana rutin baru anda. Kami akan cuba membantu anda.

Anda memaklumkan anda kurang tidur, kurang selera makan, sering mengantuk, kurang fokus, pening kepala, nafas pendek dan sakit kepala. Masalah anda boleh disebabkan oleh rutin baru anda yang tidak memberikan anda ruang untuk ‘me time’. Selain itu, gangguan tekanan ataupun stres, anxiety ataupun anemia juga boleh menyebabkan masalah anda. Kami menasihatkan anda untuk cuba mendapatkan rehat secukupnya dan berkomunikasi dengan suami anda mengenai waktu ‘me time’ anda. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

bruce-mars-wBuPCQiweuA-unsplash%20(1)

Dikemaskini pada: Mon Sep 20 2021 20:23:34 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Neurologi tentang pening kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (32) Anemia (55) Asid Refluks (35) Asthma (18) Badan Gemuk (32) Batuk (296) Benjolan Di Kulit (401) Bisul (73) Buasir (241) Cara Berhenti Merokok (45) Chlamydia (11) Cirit Birit (85) Darah Nifas (17) Darah Tinggi (172) Dehidrasi (2) Demam (648) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (55) Derma Darah (21) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1125) Fibroid (30) Gallstone (3) Gastrik (66) Gigi & Gusi (554) Gonorea (67) Haid Berlebihan (189) Haid Berpanjangan (893) Haid Lewat (2043) Haid Sakit (241) Haid Tidak Teratur (2488) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (52) Hepatitis C (12) Herpes (90) Hipoglisemia (1) Hipotensi (22) HIV (380) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (4) HPV (43) Insomnia (103) Jangkitan Coronavirus (3373) Jerawat (194) Kahak (113) Kandidiasis (7) Kebas (296) Keguguran (160) Kehamilan (2277) Kencing Manis (235) Keputihan (783) Keputusan Siasatan (87) Keracunan Makanan (16) Kesihatan Am (4842) Kesihatan Am Wanita (785) Kesihatan Kanak-Kanak (1106) Kesihatan Kulit (69) Kesihatan Lelaki (174) Kesihatan Rambut (120) Kesihatan Seksual (2546) Ketinggian (21) Ketuat (66) Kolesterol Tinggi (69) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (93) Kurang Selera Makan (60) Kurap (46) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (98) Masalah Buah Pinggang (65) Masalah Kencing (1061) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (77) Masalah Penglihatan (24) Masalah Psikiatri (902) Masalah saraf (14) Masalah Tangan Dan Kaki (580) Masalah Tidur (125) Mati Pucuk (358) Migrain (56) Mual & Muntah (170) Mulut Berbau (18) Najis Abnormal (311) Najis Berdarah (178) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (4) Pencegahan Koronavirus (60) Pendarahan Coklat (179) Pendarahan Spotting (240) Penerangan Penyakit (176) Pening Kepala (183) Penuaan (6) Penyakit Jantung (252) Penyakit Kelamin (1163) Penyakit Kulit (1835) Perancangan Keluarga (1219) Pil Perancang Kecemasan (595) Pitam (90) Prosedur Perubatan (220) Psoriasis (18) Sakit Badan (675) Sakit Belakang (190) Sakit Dada (1154) Sakit Kepala (1415) Sakit Lutut (196) Sakit Mata (373) Sakit Mulut (100) Sakit Otot (62) Sakit Payudara (462) Sakit Perut (1743) Sakit Pinggang (241) Sakit Sendi (6) Sakit Tekak (659) Sakit Telinga (101) Sakit Tulang (140) Sakit Tumit (77) Selsema (52) Selsema burung (5) Sembelit (123) Sendawa (51) Sesak Nafas (884) Sifilis (113) Sinusitis (38) Strok (47) Tidak Datang Haid (212) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (196) Tonsil (96) Trauma (14) Ubat-Ubatan (672) Ujian Kehamilan (655) Ulser mulut (32) URTI (107) Vaksin COVID-19 (694) Vitamin dan Nutrisi (111) Wabak bubonic (4)