Sulit
2 tahun
Pening kepala setelah bersukan
hai doktor,saya seorng wanita yg berumur 22 tahun,saya mahu bertanya mengapa setiap kali selepas sye cycling,sy mesti rasa pening kepala.Rasa pening itu muncul setelah bbrapa jam sy cycling.badan sy akan mnjadi panas dn pening kepala,tetapi hari esoknya saya okey,tak demam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah pening kepala setiap kali selepas berbasikal dan hilang pada keesokkan hari. Saya faham anda berasa bimbang sekiranya sesuatu sedang berlaku pada kesihatan anda. saya akan cuba memberikan maklumat yang diperlukan.
Untuk pengetahuan anda, pening kepala dan badan yang berasa lemah biasa terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti harian yang berat. Walaubagaimanapun, kenyataan yang diberi adalah tidak mencukupi untuk saya memberikan sebarang kesimpulan. Keadaan berikut juga boleh berlaku sekiranya:
- Migrain
- Tidur yang tidak mencukupi
- Pemakanan yang tidak teratur atau tidak seimbang
- Hipertensi
- Dehidrasi
- Ketegangan otot
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar diagnosis yang tepat dapat dilakukan kerana ini mungkin adalah simptom untuk masalah kesihatan yang lebih serius.
Saya berharap kenyataan saya dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubunginya secara atas talian. Terima kasih.