Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kepala saya sering berasa sakit seperti ditekan dengan sangat kuat

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 22, 2020 2:36 PM

Sulit 29 hari

Saya berumur belasan tahun . Setiap kali saya naik motosikal atau juga berada di rumah . Kepala saya sering rasa sakit yang sangat kuat seperti ditekan . Rasanya amat menyakitkan sehingga saya berasa tidak larat . Kepala saya yng sakit berada di bahagian belakang kepala sebelah kanan . Apakah puncanya

Dr Sri Viknarajan 29 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kepala yang sakit berada di bahagian belakang kepala sebelah kanan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.

  • migrain
  • sakit kepala berkelompok
  • sakit kepala tension

Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti

  • glaukoma
  • sinusitis
  • jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
  • darah tinggi
  • rabun mata
  • trauma
  • kanser otak

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Anda berkemungkinan mengalami migrain.

Migrain adalah sejenis sakit kepala yang biasanya terjadi pada satu belah kepala sahaja.Sebab utama migrain terjadi masih tidak diketahui lagi, namun ia dikaitkan dengan beberapa pencetus yang menyebabkan sakit kepala ini. Antaranya adalah stres, keletihan, makanan atau minuman tertentu, atau sebelum datang haid.

Migrain terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
-Migrain dengan ‘aura’ - apabila tanda amaran tertentu terjadi sebelum migrain bermula, seperti cahaya bersinar-sinar
-Migrain tanpa ‘aura’ - migrain yang paling biasa dialami di mana migrain terjadi tanpa sebarang tanda amaran tertentu
-Migrain ‘aura’ tanpa sakit kepala - juga dikenali sebagai ‘migrain senyap’ di mana ‘aura’ atau simptom lain migrain terjadi tetapi sakit kepala tidak terjadi.

Berdasarkan apa yang anda beritahu pada kami, hal ini mungkin berpunca dari migraine. Simptom utama migrain adalah sakit kepala yang teruk dan biasanya pada satu belah kepala sahaja. Kesakitan tersebut biasanya mempunyai sensasi berdenyutan yang menjadi semakin teruk apabila anda bergerak dan kesakitan ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Simptom lain termasuk loya, muntah dan peningkatan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Sesetengah orang juga mengalami ‘aura’ yang merupakan tanda amaran migrain bakal dialami.

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Dikemaskini pada: Tue Sep 22 2020 14:36:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sy kerap sakit kepala…sakit 1 kepala Sy kerap sakit kepala…setiap hari sakit kepala dtg serang 1 kepala…kadang2 rasa loya…ape perlu sy buat dktr Baca lagi...
10 hari
Sulit
Sakit kepala sperti hayal sudh 5hari sakit kjap elok kjap sakit sperti kepala ringan n hayal.kenapa ye…ptut g check.tkut nnti doc xpcya yg kita ckp.nk trgkan tkut dyeorg xfhm. Baca lagi...
3 hari
Sulit
Saya pesakit TB Kalenjar, adakah sakit saya boleh sembuh Saya adalah pesakit Tb Kalenjar dan perubatan saya sekarag baru 2 bulan setengah. Masalah saya sekarang bengkak di leher telah pecah dan meninggalkan lubang yang tidak kambuh sampai sekarang. Se… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Sering sakit kepala, lenguh tangan dan tidak selesa di leher Saya wanita berusia 36 tahun. Sering mengalami sKit kepala, lwngub tangan kiri, tidak selesa di leher dan bahagian atas dada. Hidung saya juga selalu tersembat menyebabkan saya sukar bernafas.… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Demam tapi suhu bawah 37°c -Selalu pening kepala Selalu Rasa nk pitam bila buat kerja lemah badan Baca lagi...
6 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!