
Sulit
5 tahun
Kepala seperti ditarik pada bahagian sebelah kiri
saya seorang perempuan berumur 28 tahun,kepala saya seperti ditarik pada bahagian sebelah kiri dalam 2 atau 3 saat …apakah punca menyebabkan kepala saya terasa sebegitu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya penerangan anda mengenai gejala anda dalah tidak jelas. Banyak lagi soalan yang harus diajukan untuk pihak saya memahami masalah yang anda hadapi.
Namun, sakit kepala merupakan gejala yang biasa berlaku dan kebiasaannya tidak merujuk kepada masalah yang serius. Akan tetapi sekiranya anda juga mengalami masalah seperti di bawah, saya amat menyarankan untuk anda berjumpe dengan doktor. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.