Sulit
2 tahun
Kepala zakar timbul ruam kemerahan
Sy lelaki umur 31 tahun…kepala zakar timbul ruam merah…tapi tak keseluruhan…selepas mengunakan kondom bersama isteri baru sy perasan ade naik merah pada kepala zakar sy…dah 3bulan baru sy perasan ruam kemerahan tu timbul.mcm ada kesan timbul pada kepala zakar
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami kebimbangan anda apabila ruam merah timbul pada kepala zakar. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, biji timbul pada zakar boleh disebabkan perkara normal atau penyakit. Antaranya adalah:
- Biji papul zakar,normal (Pearly penile papule )
- Bintik Fordyce, normal
- Alahan kulit kepada getah
- Lymphocoele
- Jangkitan HPV
- Sifilis
- Herpes
Senarai tersebut hanyalah diagnosis umum. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan, perubahan pada air kencing atau luka yang tidak pulih.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.